Amanah akan dapat 11 kerusi di DUN Kelantan dalam PRU-14, kata kajian

Sebuah firma kajian, Strata Centre meramalkan Parti Amanah Negara (Amanah) akan memperolehi sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Sebuah firma kajian, Strata Centre meramalkan Parti Amanah Negara (Amanah) akan memperolehi sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Menurut penganalisis dari Strata Centre, Nazri Noor, PAS yang memerintah Kelantan sekarang dijangka akan mengekalkan 13 sahaja dari kerusinya manakala Umno (BN) akan mengekalkan 12 kerusinya yang ada.

“Sembilan kerusi lagi bakal direbut oleh sesiapa saja, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan,” kata Nazri dalam satu tulisannya mengenai kajian tersebut.

Ini bakal menjadikan pembentukan kerajaan negeri Kelantan akan sukar dibuat oleh sebuah parti sahaja melainkan berlakunya gabungan antara dua parti.
Menurut kajian awal itu, kata Nazri, Umno dijangka kekal dengan 12 kerusi (hilang 3 kerusi, ditambah 3 kerusi baharu, kekal 12), manakala 13 kerusi PAS adalah selamat daripada rebutan mana-mana parti.

“Yang selebihnya 20 kerusi akan ditentukan pengundi muda, pengundi pertama kali dan pengundi terapung,” katanya yang menjangka dari 20 kerusi inilah 11 akan dimenangi oleh Amanah.

“Hasil kajian juga membayangkan tidak mustahil Amanah bakal bertapak di Kelantan dengan 11 kerusi, manakala 9 kerusi selebihnya bakal menyaksikan rebutan 3 penjuru yang sengit.

“Yang pasti, landskap politik Kelantan bakal berubah. Kita tunggu dan lihat,” katanya dalam tulisan itu.

Nazri menjangka, fenomena pilihan raya umum 2004 akan melanda PAS di Kelantan dalam PRU-14 ini.

Pada 2004, setelah 14 tahun memerintah, PAS melalui pertarungan paling getir dalam sejarah memasuki penggal ketiga pada PRU-11, katanya.

“Secara logik, mengambil kira Terengganu yang lumpuh (selepas diberi peluang memerintah bermula pada PRU 1999), dan juga aura Pak Lah yang menyapu 90% kerusi Parlimen, Kelantan secara rasionalnya dilihat bertukar tangan pada PRU 2004,” katanya.

Namun, katanya, aura Tuan Guru Nik Aziz, dan calon PAS menang 2 undi di DUN Kemuning, dan 34 undi di DUN Kota Lama menyaksikan PAS bertahan dengan 24 kerusi, berbanding 21 untuk Umno.

“Yang menyelamatkan Kelantan daripada bertukar tangan adalah 36 pengundi!” tulisnuya.

Tidak lama kemudian, PAS kalah di kerusi Pengkalan Pasir, menjadikan PAS memerintah Kelantan dengan majoriti 1 kerusi.
“Kelantan terselamat fenomena bertukar kerajaan buat kali kelima. Sehingga saat ini.

“Persoalannya, apakah Kelantan bakal menyaksikan pertukaran kerajaan untuk kali kelima dalam sejarah politiknya?” tulis Nazri.

TAGS