Amanah akan kaji konsep pembangunan di Forest City dengan Dubai

Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendirian tidak akan menolak sebarang bentuk pembangunan di Johor  membabitkan Forest City sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat dan tidak menjejaskan kedaulatan negara.

Amanah akan kaji konsep pembangunan di Forest City dengan Dubai

Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendirian tidak akan menolak sebarang bentuk pembangunan di Johor membabitkan Forest City sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat dan tidak menjejaskan kedaulatan negara.

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, parti itu diperingkat awal akan mengadakan perbincangan untuk mengkaji bagaimana kejayaan Dubai yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai contoh yang boleh dibandingkan dengan perancangan pembangunan di Forest City.

“Kita melihat tentang projek mega itu yang saya rasa Amanah ambil pendirian awal, tidak sama sekali menentang sebarang bentuk pembangunan yang diusahakan.

“Kita akan buat kajian lanjut konsep pembangunan Dubai itu dari segi pemilikan hartanah, konsep perniagaan, konsep pelaburan yang Dubai telah punyai pengalaman.

“Oleh kerana itu kami telah membuat beberapa pandangan awal perlu kepada suatu kajian yang benar-benar progresif sekirannya kita mahu bandingkan pembangunan Forest City dengan pembangunan di Dubai.

“Sama ada ia berbentuk hak milik kekal atau dalam bentuk berjadual atau seumpamanya,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Semalam beberapa kepimpinan Amanah Johor telah mengadakan lawatan tidak rasmi mereka ke Forest City.

Dalam lawatan selama dua jam itu turut dihadiri Naib Pengerusi Negeri Mazlan Aliman;Timbalan Pengerusi Negeri Zulkefli Ahmad;Speaker merangkap Ketua Komunikasi Amanah Negeri Onn Jaafar;Ishak Salleh Pengarah Strategi Amanah Johor dan; Abdullah Idris Eksekutif Kewangan Amanah Negeri.

Menurut Salahuddin lagi, dalam lawatan tersebut Amanah Johor ujarnya, akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas kajian itu dilakukan.

“Kita cuba mencari satu pendekatan diperingkat awal ini untuk mengkaji bagaimana Dubai yang dikatakan PM sebagai contoh yang ingin dibandingkan pembangunan di Forest City.

“Amanah negeri Johor akan mengeluarkan kenyataan rasmidan kita akan kita berikan beberapa pandangan balas yang positif yang tidak sama sekali kita menolak atau menentang sebarang bentuk pembangunan di Forest City hasil daripada dapatan itu kelak.

“Kajian itu sekadar mahu melihat apakah bentuk pelaburan atau bentuk perniagaan yang memang menarik pelaburan asing ke Johor tetapi garisan asasnya sewajarnya tidak menjejaskan masa depan dan kedaulatan Johor,” terangnya.

Pada 2O Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan usaha kerajaan menarik pelaburan asing ke projek Forest City di selatan tanah air yang mendapat tentangan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa penjualan tanah di Forest City kepada pelabur Cina akan menjejaskan kedaulatan negara.

Najib sebaliknya berkata tanah berkenaan dijual secara pegangan pajakan 99 tahun, oleh itu isu kedailatan tidak timbul.

“Dubai suatu ketika dahulu adalah hanya sebuah padang pasir tandus, tetapi berjaya menarik pelaburan asing.

“Hari ini Dubai menjadi satu metropolis yang hebat dan rakyatnya mendapat pendapatan yang tinggi.

“Kalau dasar Dubai berjaya, kita pun boleh bangunkan tanah,” katanya menjawab dakwaan Tun Dr Mahathir.

Amanah  akan mengadakan perbincangan untuk mengkaji bagaimana kejayaan Dubai yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai contoh yang boleh dibandingkan dengan perancangan pembangunan di Forest City.