Amanah akan tanding semua 20 Dun, 7 Parlimen Pas di Selangor

Amanah akan tanding semua 20 Dun, 7 Parlimen Pas di Selangor

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ir. Izham HashimParti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan, apabila  pakatan itu membuat keputusan.

“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.

Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

Amanah, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan Dun yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh Pas.

Peranan ini akan dilakukan sehingga keputusan akhir dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan.

Menurut Izham, baru-baru ini telah selesai semuanya secara rasmi penubuhan kawasan parlimen Amanah di Negeri Selangor, iaitu sebanyak 22 kawasan Parlimen.

“Saya telah hadir sebahagian besar menyuarat berkenaan di semua menyuarat itu di mana berjalan lancar dan sambutan daripada ahli sangat mengalakkan.

Nasihatnya, “perkukuh parti, tambah ahli, jaga akhlak sebagai parti yang berpaksikan Islam.”

Semua ahli, katanya, mesti memposisikan Amanah sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif.

Kata Izham,  Pakatan Harapan adalah satu-satunya alternatf kepada BN untuk memerintah negara ini dalam PRU akan datang.

Amanah kini turut membantu kempen calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dianggap beliau sebagai latihan ke arah persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan Demak Laut yang akan ditandingi kemungkinan besar ditandingi oleh Amanah, katanya.

TAGS