Malaysia Dateline

AMANAH alu-alukan Ismail Sabri sebagai PM

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengalu-aukan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.

Bagaimanapun beliau berkecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berpandangan ekoran peristiwa itu rakyat telah melihat proses pilihan raya telah menjadi sia sia.

“Oleh itu proses ‘Parliamentary Democracy’ di Malaysia perlu diperteguhkan semula.

“Beri keyakinan kepada rakyat agar ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan jika peristiawa Langkah Sheraton berulang bermakna sistem yang dipilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang.

“Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan.

“Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” kata beliau.

Hari ini Ismail Sabri diperkenan Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 selepas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin meletakkan jawatan setelah hilang majoriti.