AMANAH alukan siasatan SPRM ke atas pegawai kanan Mat Sabu

AMANAH alukan siasatan SPRM ke atas pegawai kanan Mat Sabu

Parti AMANAH Negara (AMANAH) mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pegawai kanan kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang didakwa menyalahguna kuasa untuk melangsaikan hutang supaya namanya dikeluarkan daripada senarai muflis.

Ketua Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata, siasatan yang dilakukan SPRM ke atas pegawai kanan itu bukti kebebasan SPRM untuk memastikan pentadbiran yang bersih di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

“AMANAH mengalu-alukan tindakan SPRM menyiasat pegawai kanan tersebut.

” Ini adalah bukti akan kebebasan SPRM daripada campurtangan politik dan ia satu keperluan untuk menjamin pentadbiran yang bersih rasuah.

“Jika ada kes yang boleh disabitkan maka SPRM diminta mendakwa pegawai berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, AMANAH tidak membela mana-mana pimpinannya yang didapati disiasat atau didakwa pihak SPRM.

“Tiada mana-mana pimpinan AMANAH akan membela beliau atau menuntut pendakwaan dihentikan.

“Ini adalah komitmen AMANAH kepada rakyat untuk menjamin sebuah pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah,” tegasnya.

Beliau mengulas mengenai laporan porta Malaysiakini semalam dipetik,sumber, seorang pegawai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat oleh SPRM atas kemungkinan adanya unsur salahguna kuasa dalam membayar hutangnya sebanyak RM800,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, semalam, dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.

Dalam perkembangan sama Pemuda AMANAH Nasional menerusi kenyataan Naib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin mengesa pimpinan parti itu ‘merehatkan’ pegawai kanan itu daripada menjalankan tugas bersama Menteri Pertahanan.

Baca: Pemuda AMANAH saran pegawai kanan direhatkan

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS