Malaysia Dateline

AMANAH angkat semangat MA63, kata Pemuda Sabah

Parti AMANAH Negara disifatkan sebuah parti yang mengambil berat berkaitan hal ehwal Sarawak dan Sabah sekali gus mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Naib Ketua 5 Pemuda AMANAH Nasional,Fadilah Sabali berkata,pelantikannya menduduki jawatan berkenaan merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan sayap Pemuda AMANAH Nasional kepada wakil pemuda dari Sarawak dan Sabah untuk terlibat bersama-sama dalam kepempinan peringkat tertinggi.

Fadillah Sabali

Justeru kata beliau, pelantikan tersebut telah memberi mesej bahawa parti AMANAH negara mengambil berat akan hal ehwal Sarawak dan Sabah terutamanya dalam mengangkat semangat MA63.

“In shaa Allah…saya akan berperanan untuk memastikan suara anak muda Sarawak dan Sabah agar diberi perhatian yang khusus khususnya dalam mendapatkan peluang membina kehidupan yang lebih baik di bumi Borneo.

“Di samping itu saya juga akan membawa nilai positif yang ada di kedua-dua negeri ini untuk dihayati bersama seluruh rakyat Malaysia seperti keharmonian dan perpaduan antara berbilang kaum yang dihidupkan dengan penuh kasih sayang seterusnya dapat merealisasikan Rahmatan Lil Alamin dalam kehidupan seharian.

Fadilah yang juga merupakan Setiausaha AMANAH Sarawak turut merakamkan terimakasih kepada Ketua Pemuda AMANAH Nasional ,Hasnul Zulkarnain yang memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang kerusi Naib Ketua 5 Pemuda AMANAH Nasional bagi penggal 2019-2022.

“Terimaksih kepada semua perwakilan yang telah memilih saya pada Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional baru-baru ini.

“Saya berjanjj akan memikul tugas dengan sebaik mungkin lebih-lebih lagi menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN)Sarawak Ke-12 nanti,” tambahnya.

Selain Fadilah,jawatan Naib Ketua Pemuda turut disandang Taqiuddin Cheman selaku Naib Satu,Zubair Rahim(Naib 2),Kevin Shawn (Naib 3) dan Abbas Azmi (Naib 4).

Manakala Mohd Shazni Munir pula telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda.