AMANAH anjur pertandingan tulis cerita untuk lawan fahaman melampau
Pemenang pertama pertandingan ini akan diberikan hadiah wang tunai RM10,000, kedua RM8,000 dan ketiga RM5,000 serta tiga hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu, kata khalid.

AMANAH anjur pertandingan tulis cerita untuk lawan fahaman melampau

Bagi melawan kefahaman yang melampau, AMANAH menganjurkan pertandingan menulis skrip cerita pendek bertemakan ‘rahmatan lil alamin’ atau rahmat untuk semua.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dalam sidang medianya di Ipoh memaklumkan, pertandingan itu bertujuan untuk menghasilkan skrip cerita untuk diadaptasikan ke dalam bentuk drama dan klip video pendidikan.

“Ia bertujuan untuk menonjol kesah perjuangan untuk Malaysia berasaskan prinsip rahmat untuk semua.

“Kita mahu memupuk sikap dan budaya rakyat Malaysia yang lebih berkasih sayang, prihatin dengan negara, tidak resis dan ektsrim serta lain-lain sifat baik,” kata Khalid dalam sidang media itu.

Poster pertandingan menulis cerita pendek anjuran Biro Komunikasi AMANAH.

Khalid turut memaklumkan perkara itu kepada Konvensyen AMANAH Nasional di hotel itu.

Pemenang pertama pertandingan ini akan diberikan hadiah wang tunai RM10,000, kedua RM8,000 dan ketiga RM5,000 serta tiga hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu.

“Skrip-skrip yang terpilih akan diadaptasi ke dalam bentuk video dan drama untuk dibekalkan kepada stesyen-stesyen TV dan juga media sosial,” kata Khalid dalam sidang medianya ketika rehat Konvensyen AMANAH ke 3 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh semalam.

Tarikh tutup pertandingan ini adalah 15 Januari depan.

Penyertaan hendaklah bertemakan ‘Rahmatan Lil Alamin’, dengan sais tulisan antara 1,500 hingga 3,000 patah perkataan.

Cerita dalam Bahasa Malaysia ini pula hendaklah cerita asal bukan ciplak dari mana-mana tulisan atau drama, katanya.

“Semua penyertaan hendaklah disertakan Nama Penuh, No Kad Pengenalan dan alamat tetap. Semua penyertaan akan menjadi hak milik penganjur,” katanya.

Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada email [email protected]