Amanah anjur seminar pembangunan Kelantan esok

Amanah anjur seminar pembangunan Kelantan esok

 

Bagi membuat persiapan untuk membangunkan Kelantan sebagai pusat pelancongan, Amanah Kelantan akan menganjurkan seminar mengenai sejarah, ekotourism dan budaya negeri itu Sabtu 14 Januari esok.

Lima kertas kerja yang berkaitan dengannya akan dibentangkan oleh pakar sejarah, pelancongan dan juga budaya Kelantan dalam seminar sehari bermula pagi hingga petang esok di Tunjong Banquet itu.

“Sasarannya adalah untuk dijadikan asas pembinaan Muzium Perang Jepun di Pantai Kundor dan pembinaan Taman Ekotourisme di kawasan delta Kelantan,” kata Dr Haron Daud pengerusi Seminar Sejarah, Ekotourisme dan Budaya Kelantan itu.

Seminar yang akan dirasmikan oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ini terbuka kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang caj penyertaan.

Lima tokoh yang akan membentangkan kertas di seminar itu termasuklah pakar budaya Kelantan dari Universiti Indonesia, Prof Dr Pudentia MPSS.

Beliau akan membentangkan kertas bertajuk “Pemulihan dan Pembangunan Budaya Kelantan”.

Selain beliau, ahli akademik yang akan membentangkan kertas kerja adalah Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria (UM) yang akan membentangkan kertas bertajuk “Pembangunan Kelantan Berdasarkan Sumber Sejarah”.

Dr Azhar Mat Aros pula akan membentangkan kertas bertajuk “Pembangunan Kelantan Berasakan Sejarah Pendudukan Jepun” yang dipercayai akan mensasarkan pelancong dari Jepun untuk datang ke negeri itu.

Dr Badarudin Mogamed (USM) pula akan membentangkan tajuk “Model Pembangunan Eco tourism Kelantan” manakala Datuk Profesor Dr Anuar Omar (Uniza) pula akan membentangkan kertas “Pembangunan Pelancongan Warisan dan Budaya Kelantan”.

Azhar Mat Aros dari UM pula akan membentangkan kertas bertajuk “Pembangunan Kelantan Berasaskan Sejarah Pendudukan Jepun”.

Dr Haron Daud sendiri akan membentangkan kertas bertajuk “Pembinaan Kubu Perang Jepun di Kota Bharu”.

TAGS