Malaysia Dateline

AMANAH Bagan peduli nasib pelbagai kaum, asnaf yang memerlukan

AMANAH Kawasan Bagan acapkali peduli dan turun padang bagi mendekati masyarakat dari pelbagai keturunan.

Ini termasuklah mereka yang uzur, warga emas, kurang upaya serta golongan miskin yang memerlukan.

Kelmarin dan semalam, AMANAH Kawasan Bagan telah mengambil inisiatif dengan menyantuni pelbagai golongan masyarakat.

 

Taufek Abd Rahman enam dari kanan bersama sebahagian penerima sumbangan dari AMANAH Bagan

Bantuan berupakan baucar zakat bernilai RM150 telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Taufek Abd Rahman yang turun padang bagi menyerahkan sumbangan tersebut.

Menurut Taufek, selain sumbangan berupakan baucar zakat, bantuan yang lain turut juga disalurkan kepada 120 penerima.

“Sumbangan juga diberikan kepada golongan memerlukan yang terdiri dari masyarakat keturunan Cina dan India.

“Mereka diberikan bantuan peralatan persekolahan seperti beg sekolah serta alat tulis menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka sedikit masa lagi.

“Turut juga disalurkan bagi meringankan beban mereka ialah sekampit beras, ” ujar beliau.

Manakala Ketua AMANAH Kawasan Bagan, Zulkiply Ishak pula berkata, dengan bantuan yang diberikan ia mampu meringankan sedikit sebanyak beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga.

“AMANAH kawasan Bagan senantiasa prihatin terhadap aduan dan keluhan yang diterima.

“Tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi politik yang berbeza, AMANAH Kawasan Bagan tetap menyalurkan bantuan semampu yang boleh.

“Yang pasti, ialah nasib mereka yang memelrukan menjadi keutamaan untuk diberi perhatian dengan beberapa bentuk sokongan yang boleh disalurkan, ” tegas beliau lagi.

Malah katanya, pelbagai masalah masyarakat telah menjadi rutin bagi AMANAH Kawasan Bagan untuk diselesaikan melalui dokongan beberapa agensi kerajaan negeri dan pusat yang sedia ada.