Amanah bakal jadi parti utama negara, kata Salahuddin

Amanah bakal jadi parti utama negara, kata Salahuddin

Amanah parti kecil hari ini tetapi penuh yakin akan menjadi parti penting dan utama yang berjuang untuk semua pada  suatu masa nanti, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

“Kita akui, kita parti kecil hari ini tetapi percayalah kita akan menjadi parti penting negara yang memperjuangkan semua pihak di suatu masa nanti,” kata Salahudin di majlis sambutan di Ambang Merdeka di Putrajaya malam tadi.

Salahudin Ayub berucap di majlis sambutan Ambang Merdeka.Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menjadi tetamu khas majlis malam ini dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Amanah selepas itu.

Salahuddin meminta ahli-ahli Amanah tidak rasa rendah diri dengan kecilnya parti Amanah sekarang ini.

“Kita bermula dengan parti kecil tetapi percayalah ia akan menjadi besar satu hari nanti.

“Jangan kecil hati bila orang kata kita parti kecil. Biarkan mereka. Kita yang kena berusaha jadikan kita parti besar dan parti masa depan untuk negara,” kata bekas naib presiden kanan Pas itu.

Salahudin dipercayai mengulas tekanan dan perang saikologi yang diterima Amanah selepas ditubuhkan termasuk dari parti lamanya Pas dan rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sendiri.

Ia dirasai oleh Amanah selepas gagal dalam Pilihan Raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas itu.

 

 

TAGS