AMANAH bakal punya 156 kawasan, 628 cawangan

Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir mengumumkan partinya bakal mempunyai 156 kawasan di seluruh negara.

Menurutnya, 153 kawasan sudah berdaftar manakala tiga kawasan lagi dalam tempoh mendapatkan kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Kita sudah memiliki 364 cawangan dan sedang menanti kelulusan 264 cawangan lain menjadikan kesemuanya selepas konvensyen ini sebanyak 628 kawasan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam pembuka tirai ucapan sempena Konvensyen Nasional 2017 AMANAH pagi ini di Alor Setar, Kedah.

Anuar juga memberitahu Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) memiliki sebanyak 12 negeri dan 28 kawasan manakala 25 lagi bakal didaftarkan menjadikan kesemuanya berjumlah 53 kawasan di seluruh kawasan.

Perkembangan Pemuda AMANAH pula, ujarnya, menyaksikan terdapat 12 sayap itu di peringkat negeri dengan kekuatan 36 kawasan Pemuda.

“Permohonan 20 kawasan lagi akan menjadikan Pemuda mempunyai 56 kawasan selepas konvensyen ini,” ujarnya.

Sementara itu, sayap baharu AMANAH,
Wanita Muda telah ditubuhkan di dua negeri dengan enam kawasan kesemuanya.

“Ini perkembangan yang membanggakan. Ingat, ini dalan tempoh dua tahun saja,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh ahli AMANAH di atas penganjuran ceramah Rapat Umum dan Kenduri Rakyat semalam yang dihadiri ribuan peserta.

Siaran langsung persidangan tahunan AMANAH kali kedua ini juga boleh disaksikan di laman Facebook Parti Amanah Negara.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote