Malaysia Dateline

AMANAH Baling turun padang santuni rakyat

Menyedari amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, Skuad Cakna AMANAH kawasan Baling, Kedah mengambil inisiatif menyantuni pelbagai golongan masyarakat yang memerlukan dalam kawasan Dun Kupang.

Pendekatan terkini yang telah berjaya disempurnakan oleh Penyelaras Dun, Johari Abdullah, bersama-sama dengan skuad cakna tersebut ialah turun padang menghulurkan bantuan.

“Bantuan kali ini adalah kerusi roda yang telah disumbangkan kepada tiga orang pesakit yang memerlukan di Kampung Ulu Tawar, Gelugor dan Kampung Baru Bakai.

“Sekiranya terdapat sebarang masalah maka ia boleh diadukan atau disalurkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Skuad Cakna AMANAH akan segera sampai ke tempat yang diadukan bagi menyampaikan bantuan, ” jelas beliau.

Malah katanya lagi, Skuad Cakna AMANAH Baling merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memberi khidmat kepada semua golongan masyarakat.

Hadir sama dalam majlis penyerahan bantuan kerusi roda tersebut ialah Pengerusi MPKK Ulu Tawar, Gelugor, serta Ahli Majlis Daerah Baling, Hanifah Zamberi.

Penyelaras Dun Kupang, Baling, Johari Abdullah ( tiga dari kiri)semasa menyampaikan sumbangan kerusi roda.