Malaysia Dateline

AMANAH Batu Sapi komited bantu mangsa kebakaran

AMANAH kawasan Batu Sapi terus komited memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sundang, Batu Sapi.

AMANAH Batu Sapi yang diketuai oleh Hamzah Abdullah telah setiap hari turun menghulurkan bantuan berupa makanan dan peralatan memasak bagi membantu mangsa terbabit.

Hamzah Abdullah telah turun secara peribadi menyalurkan tong gas dan dapur gas kepada satu keluarga yang sangat memerlukan.

Menurut beliau, skuad bantuan untuk mangsa kebakaran telah diwujudkan sejurus mendengar tentang bencana yang melanda penduduk kampung tersebut.

AMANAH Batu Sapi setiap hari turun menghulurkan bantuan berupa makanan dan peralatan memasak bagi membantu mangsa terbabit.

“Kami telah menubuhkan skuad bantuan bencana dan bantuan awal kami ialah memberikan air mineral dan makanan kepada mereka”, katanya.

Bercakap kepada media, Ketua Pemuda AMANAH Batu Sapi, Yunizam Yusop pula, mereka telah mengagihkan bantuan selimut, susu formula dan botol susu untuk bayi.

“Kami telah berkampung selama seminggu lebih di sana. Sebanyak 40 alas tidur dan selimut telah berjaya kami edarkan. Selain itu 20 botol susu dan 20 kotak susu formula juga telah kami salurkan kepada kelurga yang mempunyai anak kecil,” kata beliau.

Ujarnya lagi, Hamzah Abdullah juga telah turun secara peribadi menyalurkan tong gas dan dapur gas kepada satu keluarga yang sangat memerlukan.

Kampung Sundang telah mengalami bencana kebakaran pada malam 22 Disember 2017. Sebanyak 58 buah rumah telah musnah dan menjejaskan lebih 300 penduduk di sana.

Sebarang sumbangan boleh hubungi saudara Yunizam di talian 014-8333310 atau terus menyumbang ke akaun Amal Relief Malaysia (5623 6664 7559-Maybank).