Amanah bawa Aishah gempur Sebuyau, kehadiran luar biasa

Amanah bawa Aishah gempur Sebuyau, kehadiran luar biasa

Ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) di dua tempat di Sebuyau malam tadi menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan dengan kehadiran bekas penyanyi popular  Wan Aishah Wan Ariffin di Kg Sawmill dan Kg Tungkah Melayu berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang malam tadi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) di dua tempat di Sebuyau malam tadi menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan dengan kehadiran bekas penyanyi popular  Wan Aishah Wan Ariffin di Kg Sawmill dan Kg Tungkah Melayu berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang malam tadi.

Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah lama tidak mendengar kelunakan suara biduanita itu selepas tidak lagi aktif menyanyi.

Selain Aishah, turut mencuri tumpuan malam tadi celoteh seorang lagi bekas peserta program realiti, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak.

Sementara itu, turut berucap malam tadi beberapa pimpinan Amanah termasuk Timbalan Presiden Salahuddin Ayub selaku Pengarah Jawatankuasa Induk bagi PRN Sarawak dan Pengarah Biro Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli.

Salahuddin ketika dihubungi berkata, beliau yakin peluang Amanah untuk menghantar anak sulung ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dapat direalisasikan melihat kepada sambutan positif terhadap Amanah setakat ini.

“Peluang bukan mudah. Seluruh petugas Amanah perlu bekerja kuat dalam tempoh dua hari lagi ini.

“Semoga sambutan terhadap Amanah seperti yang dapat dilihat di Sebuyau ini memberi motivasi kepada jentera untuk terus berkerja kuat,” katanya.

Sebuyau antara lima kerusi yang didakwa dikategorikan sebagai ‘kelabu’ oleh Bilik Gerakan Barisan Nasional bersama-sama Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah Aishah tidak lagi aktif menyanyi.

TAGS