Malaysia Dateline

AMANAH berpotensi ambil alih kerusi Umno DUN Permatang Berangan

Melihat kepada senario politik terkini, adalah diyakini AMANAH dan PH mampu untuk merampas kerusi Dun Permatang Berangan yang telah dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Keyakinan ini dinyatakan oleh Pengarah Biro Mobilisasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Rosli Hasan ketika ditemui Malaysia Dateline.

Jelas beliau, banyak kelompongan penduduk yang telah berjaya diatasi melalui agensi kerajaan negeri Pulau Pinang serta Pusat Khidmat Penyelaras bagi kawasan Dun Permatang Berangan, Tasek Gelugor.

Ia juga berkata, program peduli rakyat merupakan agenda rutin yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dengan mendekati golongan yang memerlukan termasuk anak yatim, keluarga miskin, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal serta golongan yang kurang berkemampuan.

“Setakat ini sokongan penduduk dalam kawasan Dun Permatang Berangan amat menggalakkan serta dokongan yang mereka berikan terhadap gerak kerja dan mobilisasi yang dilaksanakan terhadap semua golongan masyarakat.

” AMANAH meneruskan agenda menyantuni mereka yang terhimpit dalam kehidupan melalui pelbagai kaedah bantuan yang disalurkan melalui program kerajaan negeri seperti Agenda Ekonomi Saksama (AES), Zakat Pulau Pinang (ZPP) serta juga pertubuhan bukan kerajaan, badan korporat, organisasi dan orang perseorangan.

“Tindak balas segera tehadap masalah penduduk khususnya golongan yang berpendapatan rendah tetap menjadi prioriti untuk diberi pembelaan termasuklah mereka yang uzur, sakit, kesempitan hidup ekoran pandemik Covid-19 dan seumpamanya,” ujar beliau.

Rosli yang juga merupakan Penyelaras Dun Permatang Berangan berkata, banyak lagi kekurangan yang ada dalam kawasan Dun BN tersebut tidak berjaya diatasi oleh Adun Umno walaupun telah menerajui kawasan Dun tersebut dalam PRU yang lalu.

Kata beliau, sepatutnya gololongan belia dan B40 diberi pembelaaan kerana banyak peluang tidak disediakan kepada mereka oleh Adun Umno termasuklah peluang perumahan bagi golongan berpendapatan rendah serta pekerjaan.

Namun begitu tegas beliau, AMANAH dan PH akan meneruskan agenda peduli rakyat dalam kawasan Dun Permatang Berangan bagi memastikan banyak golongan masyarakat mendapat pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan negeri PH melalui program dan polisi yang direncanakan.

Tambah Rosli lagi, AMANAH optimis kerusi yang dikosongkan oleh Bersatu tersebut mampu menjadi milik AMANAH dan PH dalam PRU ke-15 kali ini setelah majoriti hanya 646 undi yang diperolehi Umno bukannya suatu yang mustahil untuk dimenangi.

Dalam PRU ke-14 yang lalu Umno menang kerusi Dun Permatang Berangan dengan mendapat 6870 undi setelah Pas memperolehi 6224 dan PPBM 5021 serta PRM 25 undi.