AMANAH bertanding di Marang bukan untuk ‘perangi’ Pas

AMANAH bertanding di Marang bukan untuk ‘perangi’ Pas

AMANAH masuk bertanding di kerusi Parlimen Marang bukan untuk ‘memerangi’ Pas atau sesiapa tetapi mahu menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat serta pengundi Marang, untuk dibuat pilihan.

Demikian kata Ketua AMANAH Marang, Ustaz Miqdad Zakaria sewaktu ditemui Malaysia Dateline baru-baru ini.

Sehubungan itu kata beliau, semua pihak terutama Pas perlu berlapang dada dan memberi ruang kepada pihak lain untuk sama-sama melakukan kebaikan dan berbuat kebajikan.

Kata beliau, bagi mereka yang memiliki minda Islam, mereka tidak boleh menafikan orang lain yang turut mahu berbuat kebaikan.

Begitu juga dengan amalan demokrasi, kita perlu sama-sama mengejar untuk berbuat kebajikan,” katanya.

Jadi kata Miqdad, ia tidak tertakluk pada AMANAH sahaja, malah apa juga parti yang ingin bertanding di Marang dengan matlamat membawa kebaikan, ia seharusnya dialu-alukan.

Jelasnya, Pas telah menunjukkan corak dan kualiti pemerintahannya sebelum ini di Terengganu, namun sekiranya ia dirasakan buruk dan perlu diperbaiki, dan ada pihak lain yang mahu menawarkan yang lebih baik, Pas seharusnya berlapang dada.

“Pas tidak boleh terlalu menekankan bahawa cara dan kaedah mereka sahaja yang terbaik,” kata beliau.

Dalam Islam sendiri, Allah Taala kata beliau, menekankan supaya manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.

Justeru tambahnya, kehadiran AMANAH bertanding di Marang ini tidak perlu menjadi isu.

Semua pihak seharusnya kata beliau, mengembeling tenaga untuk menjadikan Marang sebuah daerah yang maju.

Itulah sambungnya, antara matlamat serta visi AMANAH bertanding di Parlimen Marang.

Jelas beliau, istilah maju yang perlu dipakai bukanlah apabila Marang memiliki bangunan-bangunan cantik dan moden, tetapi kita mahu memastikan rakyat di sini terbela dan diberi kemudahan.

“Anak-anak dibesarkan dalam keadaan diberi pendidikan sempurna, diberi bimbingan untuk meneruskan pengajian dan kemudian dibantu membina karier hidup.

“Orang yang sakit diberi rawatan sewajarnya dengan kos rawatan yang tidak membebankan.

“Wakil rakyat pula perlu beraksi sebagai wakil kepada semua rakyat di daerahnya bukan sebagai wakil rakyat parti.

“Kita mahu menjadikan Marang sebuah daerah yang maju,” jelas beliau.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, AMANAH dan PH Marang akan cuba menjelaskan sebaiknya tawaran dibuat kepada pengundi dan rakyat di daerah Marang ini, kata beliau.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote