AMANAH bukan Islam liberal

AMANAH bukan Islam liberal

Tentu kita masih ingat disaat Parti Amanah Negara mahu ditubuhkan, kedengaran suarasuara yg menuduh parti Amanah adalah sebuah parti liberal yang tidak berteraskan Islam dan ajaran Islam yang sebenar. AMANAH dituduh memperjuangkan matlamat golongan Muslim Progresif selari dengan Jaringan Islam Liberal(JIL) di Indonesia yang selalu disebut sebagai Islam liberal.

ASAS ISLAM LIBERAL:

Islam Liberal ialah gerakan menyeru kepada kebebasan sehingga bebas menafsir dan memahami nas-nas agama tanpa disiplin ilmu-ilmu Islam. Gerakan yang mahu membebaskan muslim dari ijtihad ulamak silam ini membuka pintu ijtihad seluasluasnya.

Kesesatan liberal Islam dapat dirumuskan berdasar kepada asas-asas berikut:

1) Berpegang semua agama adalah sama. Setiappemeluk agama tidak boleh mendakwa agamanya saja yang benar dan agama yang lain adalah salah.
2) Memisahkan agama dari politik dan negara.Agama mengatur hubungan peribadi dengan Tuhan saja. Sementara itu hubungan sesama manusia diatur berdasarkan kesepakatan sosial.
3) Membuka pintu ijtihad secara mutlak dan menafsirkan Islam tanpa syarat dan disiplin ilmuilmu Islam. Sesiapa sahaja bebas menafsirkan Islam tanpa terikat dan dikongkong oleh pandanganpandangan ulamak muktabar.
4) Bebas menafsir nas-nas dan hukum-hakamagama dan menerima doktrin-doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata-mata.

Asas-asas pegangan gerakan Liberal Islam di atas bercanggah dengan Islam. Asas pertama semua agama adalah sama bercanggah dengan nas Quran. Allah ta’ala berfirman: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”( Maksud Ali Imran:19).

Asas-asas pegangan gerakan Liberal Islam di atas bercanggah dengan Islam. Asas pertama semua agama adalah sama bercanggah dengan nas Quran. Allah ta’ala berfirman: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”( Maksud Ali Imran:19).Firman Allah juga:“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”(Maksud Ali Imran:85).

Memisahkan agama dari politik pula satu pegangan yang membawa kepada dakwaan Islam agama tidak lengkap dan sempurna. Sedangkan Islam mencakupi semua termasuk urusan politik dan bernegara. Nas Quran dengan jelas menyebut: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”(Maksud Al Maidah:3).

Allah juga mewajibkan umat Islam mengambil seluruh ajaran Islam bukan memilih hanya dalam bidang ibadat saja atau yang mana sesuai dengan kehendak nafsu manusia.
Firman Allah ta’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam segala hukumhukumnya”(Maksud Al Baqarah: 208).

Allah juga berfirman: “Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain?” ( MaksudAl Baqarah: 85).

Asas ke tiga dan keempat juga bercanggah dengan ajaran Islam. Islam membezakan antara jahil dan ilmu. Allah dengan jelas menyebut mereka yg berilmu tidak sama dengan mereka yang tidak berilmu: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”

Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”(Maksud Az Zumar:9).

Antara tujuan membezakan dua golongan ini ialah supaya mereka yang jahil dapat bertanya kepada mereka yg alim dalam memahami agama dan tidak mentafsirkannya mengikut selera sendiri: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”(Maksud An Nahl: 43).

Islam membuka pintu ijtihad tetapi bukan secara mutlak sehingga semua individu boleh ijtihad tanpa syarat dan disiplin ilmu Islam. Dalam semua bidang selain agama juga ada disiplin ilmu masing-masing. Jika dlm bidang selain agama terdapat disiplin ilmu yg perlu dikuti, sudah pasti bidang agama lagilah perlu kepada disiplin ilmu kerana ia ada kaitan dengan dosa pahala, halal haram dan syurga neraka.

AMANAH BUKAN MEMPERJUANGKAN LIBERAL ISLAM

Setelah diterangkan asas liberal Islam dan percanggahannya dengan ajaran Islam, jelas sekali AMANAH bukan memperjuangkan matlamat liberal Islam. Ini berdasarkan hujah-hujah berikut:

1) AMANAH tidak berpegang semua agama adalah sama. Ini jelas dalam matlamat penubuhan Amanah meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan,mendirikan sebuah masyarakat & negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua. Matlamat AMANAH ini dengan jelas meletak Islam agama tertinggi yang benar mengatasi agama-agama lain.

Tidak kedengaran AMANAH dan pimpinannya memperjuangkanpersamaan agama.

2) Visi AMANAH ialah menjadi parti Islam utamadi Malaysia sehingga wujudnya negara yang adil, beramanah, dan rahmat untuk semua. Antara misinya pula ialah memakmurkan negara bersendikan tuntutan maqasid syariah Islamiah. Semua ini adalah bukti Amanah tidak menolak dan memisahkan agama dan negara sebagaimana asas liberal Islam
yang sesat tersebut.

3) Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, sudah tentu ulamak, asatizah dan sarjana Islam menjadi rujukan AMANAH. Ini terbukti apabila penasihat Amanah dilantik dikalangan ulamak. Bagi tujuan dakwah, Amanah menubuhkan Biro Dakwah yang dikendalikan oleh barisan asatizah dan sarjana Islam.

Untuk menggerakkan kebangkitan baru politik Islam, AMANAH mewujudkan Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI). Ia ke arah membentuk Fiqh Malaysia melalui perkongsian ilmu dan pengalaman ulamak dan sarjana Islam dari dalam negara dan luar negara seluruh dunia Islam. Semua ini menafikan AMANAH parti yang menafsirkan Islam ikut selera
sendiri dan mengikut logik akal semata-mata tanpadisiplin ilmu Islam.

Tidak kedengaran juga AMANAH membuka pintuijtihad kepada ahli dan pimpinannya bahkan sebaliknya pandangan dan pendirian Amanah dalam isu-isu berbangkit seperti hudud, hubungan muslim dan non muslim, tahaluf siyasi, maqasid syariah, Islam dan kenegaraan dan selainnya didasarkan kepada Quran dan Sunnah dan pandangan ulamakulamak dunia yang diiktiraf seperti Prof Syeikh Dr Yusuf Qardhawi, Syeikh Rasyid Al Ghannusi, Syeikh Musa Ibrahim Al Ibrahim dan lain-lain.

Begitulah AMANAH menyanjung ulamak dan ilmu Islam demi memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini. Apa yang diutarakan di atas adalah sanggahan dan bukti AMANAH bukan parti memperjuangkan agenda dan matlamat Islam liberal yang sesat. Matlamat yang mahu dicapai oleh Islam liberal terkandung dalam asas-asas pegangannya. Asas-asas tersebut tidak ada dalam dasar dan perjuangan Parti Amanah Negara.