Malaysia Dateline

Salahuddin Ayub DoJ

Amanah cabar Rahman sebut siapa MO1 sekali lagi

Parti Amanah Negara mencabar Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mengulangi kenyataan beliau bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Rahman Dahlan pada 7 Ogos 2016 ‘tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu.

“Sekarang saya cabar dia adakah sekali lagi Rahman berani mengatakan MO1 itu Najib,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan terbaru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung MO1.

‘Isteri MO1’ turut dikaitan dalam pendedahan terbaru itu.

Salahuddin berkata, sikap membisu kerajaan khususnya Najib, Rosmah dan peguam negara Tan Sri Apandi Ali dalam isu yang dibangkitkan DoJ sangat memberi kesan kepada integriti dan kewibawaan urus tadbir negara.

“Sikap membisu ini cukup membuatkan rakyat berhak mendesak penjelasan ketiga-tiga pihak ini. Ini tidak boleh dielakkan dengan sikap membisu dan mengelak soalan wartawan.

“Sikap membisu ini tidak memberikan apa-apa faedah dan kuntungan kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, Malaysia kini menjadi ‘terkenal’ apabila media antarabangsa melaporkan pendedahan DoJ ini.

Antara media antarabangsa yang melaporkan pendedahan DoJ ialah:

1. The Guardian (UK)
2. The New York Times (US)
3. Reuters (UK)
4. Al Jazeera (Qatar)
5. Financial Times (UK)
6. The Wall Street Journal (US)
7. Fortune (US)
8. CNBC (US)
9. The Australian (Australia)
10. The British Broadcasting Channel (UK)
11. Bloomberg (US)
12. The Business Insider (Australia)
13. The Independent (UK, Singaporean correspondents)
14. The Washington Post (US)
15. The Russian Times (Russia)
16. The Asian Correspondent (Asia)
17. The Times of India (India)
18. Gulf News (UAE)
19. Tempo (Indonesia)
20. Handelszeitung (German)
21. France24 (France)
22. Bangkok Post (Thailand)
23. Manila Times (Philippines)
24. Hindustan Times (India)
25. Sydney Morning Herald (Australia)
26. The Japan Times (Japan)
27. South China Morning Post (China)
28. The Straits Times (Singapore)

“Saya tidak tahu lagi apa yang Malaysia mahu tunggu,” katanya.