Amanah cadang guna orang tengah selesai krisis Malaysia-Korea Utara

Amanah cadang guna orang tengah selesai krisis Malaysia-Korea Utara

Malaysia dan Korea Utara perlu menggunakan negara ketiga sebagai orang tengah bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua negara jika kedua-duanya tidak dapat bersemuka, saran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Malaysia dan Korea Utara perlu menggunakan negara ketiga sebagai orang tengah bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua negara jika kedua-duanya tidak dapat bersemuka, saran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Beliau yakin ada negara ketiga yang bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis yang telah melibatkan rakyat kedua-dua negara.

Mohamad Sabu “Saya sewajarnya tidak perlu mengajar mana-mana kerajaan tetapi saya yakin, ada negara ketiga yang bersedia untuk menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian tehadap krisis yang sedang berlaku antara Malaysia dan Korea Utara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu, kerajaan Korea pimpinana Kim Jong-un telah mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara.

Reuters melaporkan tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan mereka tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk berikuran pembunuhan Kim Jong-Nam di Kuala Lumpur.

Ia juga sebagai cara untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

Ekoran tindakan itu, kerajaan Malaysia juga melarang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini sehingga mereka dapat memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata endekatan “tit for tat” tidak menyelesaikan sebarang masalah malah krisis antara kedua-dua negara semakin tegang dan meruncing.

“Malaysia berhak untuk menghalau duta Korea Utara dan mengisytiharkan beliau “Persona Non Grata”. Begitulah juga sebaliknya kepada Korea Utara yang berhak untuk menghalau Duta Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai “Persona Non Grata”,” katanya.

 

TAGS