Amanah cadang Presiden PAS berdebat dengan Husam

Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil ke depan berdebat dengan bekas naib presiden parti Islam itu Datuk Husam Musa mengenai dakwaan beliau mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Khalid SamadParti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil ke depan berdebat dengan bekas naib presiden parti Islam itu Datuk Husam Musa mengenai dakwaan beliau mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.

Pengarah Komunikasi Amanah yang juga bekas AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata,  itulah langkah terbaik untuk menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.

“Sebagai pemimpin, Ust Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, samada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor telah beliau usahakan pada 2014,” kata Khalid dalam kenyataannya ekoran desakan pengarah pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

Menurut Khalid, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah.

“Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.

“Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS/UMNO di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.

“Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dn tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan,”kata Khalid menjawab desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu.

Kenyataan penuh di sini.

 

TAGS