Malaysia Dateline

AMANAH Demak Laut akan teruskan program bantu golongan asnaf

AMANAH Cawangan Demak Laut akan terus membantu golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan khususnya bagi menyediakan barangan persekolahan kepada anak-anak mereka.

Ketua Pemudanya, Iswandy Abdullah berkata, pihaknya akan sentiasa mendekati golongan asnaf yang memerlukan bantuan di samping akan memberi penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sebahagian daripada ibu bapa dan murid-murid yang hadir memeriahkan majlis penyampaian bantuan persekolahan

Katanya, banyak inisiatif yang telah disediakan kerajaan seperti Mysalam, PeKa40, i-Suri yang belum diketahui golongan berkenaan termasuk penduduk dan masyarakat di kawasan lain dalam Dewan Undangan Negeri (Dun( Demak Laut.
.
“Kita akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat kampung berkaitan bantuan dan inisiatif daripada kerajaan.

“Ini kerana, rata-ratanya penduduk tidak mengetahui tentang inisiatif ini yang datangnya daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan(PH),” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Pakaian Sekolah “Program Back To School 2020′ di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Beradek di Kuching hari ini.

Menurut Iswandy, Pemuda AMANAH Demak Laut akan turut bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam menjayakan program dan aktiviti pada masa terdekat ini.

“In shaa Allah…harapan kami agar penduduk di seluruh Demak Laut dapat mengambil peluang untuk brrsama-sama menerima bantuan yang disediakan kerajaan terutamanya kepada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan,” tegasnya.

Sementara itu, seramai 96 murid-murid Sekolah Kebangsaan(SK) Kampung Beradek telah menerima sumbangan berupa pakaian, kasut, beg dan peralatan sekolah.

Sumbangan tersebut adalah daripada pertubuhan bukan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Jalinan Harapan Baharu Demak Laut.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Guru Besar SK Beradek, Madahan Basri, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) SK Beradek, Maria Ahmad, Naib PIBG, Munirah Nick dan guru-guru serta ibu bapa pelajar.