AMANAH diterima sebagai wadah perjuangkan nasib rakyat, kata Mazlan Aliman

AMANAH diterima sebagai wadah perjuangkan nasib rakyat, kata Mazlan Aliman

Parti AMANAH Negara (AMANAH) mulai diterima sebagai wadah yang mampu memperjuangkan nasib rakyat selain kemasukan ramai bekas ahli Umno, kata Ketua Kawasan Tebrau Mazlan Aliman

Beliau berkata peningkatan keahlian AMANAH yang hadir dalam mesyuarat tahunan AMANAH Kawasan Tebrau ke2 yang diadakan pada Sabtu, telah menunjukkan perkara yang luar biasa apabila ahli yang hadir memberangsangkan berbanding pada tahun 2017.

“Ahli kita sebelum ini lebih kurang dalam 200 lebih sahaja namun hingga malam ini (Sabtu) pihak kami telah menerima borang kemasukkan sebanyak 500 lebih keahlian.

“Perkara itu juga turut diiringi dengan kewujudan cawangan yang mana sebelum ini di Tebrau hanya 3 dan cawangan penaja sebanyak 10 baru ditubuhkan.

“Ini suatu perkara yang baik dan ia positif dalam mengembangkan parti AMANAH. Selain itu kebanyakkan mereka yang menyertai AMANAH adalah di kalangan orang-orang Umno dan yang paling mengejutkan kebanyakkan mereka terdiri daripada veteran-veteran Umno,” ujarnya.

Aminolhuda Hassan (tengah) dan Mazlan Aliman (kanan)  menerima  menerima borang kemasukkan keahlian seramai 100 borang daripada wakil ahli.

Mazlan yang juga Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) telah ditanya berkenaan dengan penyertaan bekas ahli Umno ke dalam AMANAH yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan beliau menjawab perkara itu boleh ditangani.

“Kita ada pengalaman sebelum ini dari parti Semangat 46, perpecahan Umno serta golongan Reformasi dan kita ada pengalaman untuk mengendalikan mereka.

“Saya akui wujud pihak yang masuk ke dalam AMANAH untuk mengambil kesempatan namun perkara ini setakat lima bulan ini kita dapat mengawalnya.

“Ada di kalangan mereka terdiri daripada tokoh-tokoh berpengaruh di kalangan masyarakat setempat jadi mereka juga harus diberikan peluang untuk bersama dalam parti AMANAH.

“Kita tidak boleh asingkan mereka dan jika mereka berpotensi membantu masyarakat itu suatu perkara yang baik. Soal mereka mengambil kesempatan kita maklum dan akan ada pengawalan,” ujarnya.

Mesyuarat yang berlangsung itu telah dirasmikan oleh Pengerusi AMANAH Johor yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Johor Aminolhuda Hassan.

6.3
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 5.0
CATEGORIES
TAGS