AMANAH Dun Kelaboran tutup bulan merdeka dengan pesta air

AMANAH Dun Kelaboran tutup bulan merdeka dengan pesta air

Kebelakangan ini amat jarang kedengaran acara bulan merdeka disambut di peringkat kampung.

Namun suasana berbeza di Tumpat, Kelantan apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) Dun Kelaboran, menganjurkan sukan rakyat berbentuk pesta air sempena menutup sambutan bulan merdeka Jumaat lalu.

Menurut pengerusi jawatankuasa Dun (JDun) AMANAH Kelaboran, Nik Faizah Othman, idea untuk mengadakan pesta air mini itu datang dari penduduk tempatan sendiri.

“Kata orang ramai telah lama pesta air yang mejadi kebiasaan di kampung-kampung satu ketika dulu kini tidak lagi diadakan.

“Setelah mengadakan mesyuarat, pihak JDun bersetuju untuk menjadi penganjur acara ini.

“Sungguh menarik kerana begitu ramai remaja dan orang dewasa begitu berminat dan mendaftar untuk bersama dalam acara-acara yang dicadangkan,” katanya.

Menurutnya pelbagai acara tradisi yang kini semakin dilupakan diperkenalkan semula dalam sambutan berkenaan.

“Antara acara utama adalah pertandingan wau cantik, pertandingan wau naik, isi air dalam botol, lawan tarik tali dengan perahu, baling telur, dan katok (pukul) bantal dalam air.

“Selain itu beberapa acara sampingan lain seperti cabutan nombor bertuah turut diadakan,” katanya.

Nik Faizah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Pak Jah dimana pesta itu diadakan.

“Kepada golongan wanita, pemuda, remaja dan kanak-kanak yang memberi sumbangan diharap dapat terus memberi kerjasama dalam program yang kita anjurkan pada masa depan.

“Secara khusus saya amat berterima kasih kepada saudara Zamri Yaacob atau lebih dikenali Abe Yi Tok Jogho yang bertungkus lumus membantu dan menyelenggara sepenuhnya program sukan air ini,” katanya.

Ketua AMANAH kawasan Tumpat turut hadir bersama ahli-ahli jawatan kuasanya dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta.