Malaysia Dateline

AMANAH edar 500 pek kurma kepada warga ibu kota

Pemandu teksi di perkarangan gedung beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur yang setia menanti pelanggan tersenyum menerima satu pek kurma.

Pengunjung bukan Melayu pula mengucapkan terima kasih kerana diberi pek makanan yang sinonim dengan bulan Ramadan itu.

Reaksi spontan tersebut antara yang dapat dilihat petang semalam ketika Sekretariat Nasional AMANAH mengedarkan pek kurma dan akhbar Wilayahku di kawasan tumpuan warga kota itu.

Diketuai Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Mohd Tahir merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, rata-rata warga kota kelihatan ceria menerima buah tangan tersebut.

Bahang Aidilfitri juga kian terasa apabila Ahli Parlimen Temerloh tersebut bersama kumpulan staf lelaki pejabat AMANAH tampil segak berbaju Melayu lengkap berkain samping dan bersongkok.

Bahkan kemunculan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad merangkap Pengarah Komunikasi AMANAH dengan baju bertemakan warna jingga turut menarik perhatian warga kota.

Dalam tempoh kira-kira sejam sahaja, sebanyak 500 pek kurma dan akhbar Wilayahku berjaya diedarkan mulai jam 5.30 petang hari Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

 

Khalid menyantuni anak kepada pasangan pengunjung pusat beli-belah Pavilion.

 

Anuar bertanyakan khabar salah seorang pemandu teksi di ibu kota.
Setiausaha Organisasi AMANAH, Suhaizan Kayat dan Senator Aiman Athirah Al Jundi berbual dengan belia ibu kota.

 

Warga kota berbilang kaum ceria menerima edaran kurma dan akhbar Wilayahku.

 

Antara pemandu teksi yang teruja menerima sumbangan AMANAH.

 

Pimpinan dan kakitangan Wisma AMANAH bergambar kenangan seusai mengedarkan pek kurma.