Malaysia Dateline

AMANAH gesa polis segera siasat Mahiaddin

Pihak polis digesa melakukan siasatan dengan segera ke atas Tan Sri Mahiaddin Mohd Yassin di atas perbuatan yang menyalahi Akta SPRM 2009.

Mahiaddin didakwa melakukan tindakan yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen dan boleh disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkaitan dengan kesalahan tersebut.

Ini berikutan Mahiaddin yang didakwa cuba memberikan sogokan dalam ucapannya petang semalam di mana Ahli Parlimen Pagoh itu antara lain telah mengakui bahawa beliau tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dari Ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Tetapi masih kekal sebagai Perdana Menteri kerana menurutnya tiada Ahli Dewan Rakyat lain yang mempunyai sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pada ketika ini.

Hari ini, aktivis AMANAH telah membuat laporan polis di seluruh negara pada jam 11 pagi hari ini.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi oleh Ketua AMANAH Bandar Tun Razak Ir. Hayatul Kamil Termudi.

Laporan polis terhadap Mahiaddin turut dibuat di Balai Polis Johor Bharu Utara oleh pengarah Mobilisasi Pemuda AMANAH Johor yang juga Exco Pemuda AMANAH nasional Mohd Azam Mektar.

Laporan polis di Parit Buntar

Pemuda AMANAH Parit Buntar di Ketuai oleh Saudara Muhamad Nakhaie juga telah membuat satu laporan polis di Parit Buntar terhadap TS Mahiaddin Md Yassin berkaitan ucapan beliau semalam.

Mahiaddin ketika berucap semalam membuat janji akan memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Beliau juga berjanji akan membuat penambahan siling kepada RM110 billion untuk mendepani krisis Covid-19
termasuk bantuan tunai kepada 11 juta penerima bernilai RM10 billion untuk B40 & M40.

Beliau juga menawarkan kepada ahli Parlimen yang sudi menyokong kerajaannya untuk membentangkan rang undang-undang Anti Lompat parti di samping setiap PM hanya boleh memegang jawatan selama dua penggal sahaja.