AMANAH gigih tawan Kota Iskandar, yakin gelombang sokongan Melayu bawa kemenangan

Haji Dzulkefly (baju biru muda) dalam satu program bertemu masyarakat.

Dun Nusajaya adalah nama lama sebelum ditukar kepada Dun Kota Iskandar dan ia sudah menjadi tradisi dengan usaha untuk menawan negeri Johor.

Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor mengakui perjalanan bagi mendapatkan Dun tersebut di bawah Parlimen Gelang Patah sebelum ditukar kepada Iskandar Puteri memang mencabar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Dun ini menyaksikan bekas Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub yang kini sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) tewas kepada calon dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2201 undi.

Namun pada kali ini dalam PRU14, AMANAH diberi peluang untuk bertanding di Dun Kota Iskandar dan telah menamakan Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Haji Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dzulkefly Ahmad, peluang untuk AMANAH memenangi kerusi ini dilihat cerah apabila gelombang masyarakat yang mahu menyokong kepada perubahan itu dilihat secara jelas.

“Sebelum ini kita dapat lihat pelbagai lapisan masyarakat agak berhati-hati dengan kumpulan daripada pembangkang namun hari ini suasananya berbeza.

“Sambutan terhadap kami sangat mengujakan. Banyak tokoh-tokoh masyarakat juga dapat kami temui untuk mendapatkan sokongan mereka terhadap PH di sini.

Orang ramai menyambut baik bahan edaran PH.

“Namun itu belum memadai, gerak kerja perlu diteruskan sehingga pada malam terakhir tempoh berkempen,” jelas beliau.

Dzulkefly juga membayangkan bahawa calon yang akan diletakkan di Dun adalah tokoh ternama dalam Umno Johor dan beliau turut menamakan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor sebagai calon dari BN.

 

 

8.0
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS