Amanah harap DAP-PKR  setuju satu lawan satu

Amanah harap DAP-PKR setuju satu lawan satu

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengharapkan agar rakan pakatan parti itu DAP dan PKR dapat menyelesaikan isu pertindihan kerusi dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak agar bersetuju satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengharapkan agar rakan pakatan parti itu DAP dan PKR dapat menyelesaikan isu pertindihan kerusi dalam Pilihan raya Negeri (PRN)Sarawak agar bersetuju satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional (BN).

“Amanah sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini.

“Saya yakin pemimpin DAP dan Keadilan berupaya melakukan yang tebaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan Semenanjung.

“Saya juga berkeyakinan penuh bahawa dengan fikiran waras jalan penyelesaian terbaik dapat dicari supaya Pakatan Harapan dapat merealisasikan harapan rakyat di Sarawak dan seluruh Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DAP dan PKR bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri membabitkan Mambong,Ngemeah,Murum,Mulu,Simanggang dan Batu Kitang.

DAP meletakkan sejumlah 31 calon, PKR (40)  dan Amanah (13) kerusi dalam pilihanraya ke-11 bagi negeri Sarawak ini.

Semalam Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam sidang media diadakan dipetik berkata parti itu akan menarik balik calonnya dari kerusi Batu Kitang sekiranya PKR bersetuju untuk menarik balik calon-calonnya dari lima kerusi bertindih yang lain. Ini merupakan cara terbaik untuk menangani kemelut pertindihan kerusi dalam Pakatan Harapan ketika menghadapi PRN Sarawak.

Manakala Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen juga mencadangkan dalam kerusi di mana DAP bertindih dengan PKR, pengundi tidak memecahkan undi mereka dan menumpukan kepada DAP. Tetapi di kerusi di mana PKR sahaja bertanding,semua penyokong DAP mengundi PKR.  seperti lapor Malaymailonline.

Proses penamaan calon pada Isnin, turut menyaksikan Amanah bakal berentap dengan calon Pas di lima kerusi Dun iaitu Sebuyau, Beting Maro, Samarian, Muara Tuang, Sadong Jaya untuk menentang BN.

TAGS