Malaysia Dateline

AMANAH Hulu Langat bertemu pengundi dengan limau dan kad ucapan hari ini

Hasanuddin Mohd Yunus

AMANAH berkeyakinan terhadap calonnya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum ke-14 akan datang amat dikenali dikalangan pengundi di Hulu Langat

Dalan siri lawatan bertemu pengundi di Hulu Langat hari ini sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu hadapan, Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus bersama Ketua Wanita AMANAH Hulu Langat Negeri Rawiyah Zakaria dan AJK AMANAH Kawasan telah turun di beberapa kawasan di bawah Parlimen Hulu Langat.

“Saya percaya AMANAH dan rakan dalam Pakatan Harapan telah berusaha dalam beberapa minggu sebelum ini untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di Hulu Langat sempena sambutan tahun baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Hari ini kami sempat menyerahkan buah limau dan kad uccapan kepada pengundi.

“Kami dapati mereka mengalukan kehadiran kami untuk mendekati mereka.

“Malah ada dikalangan mengundi melaunkan perkata ‘ mari ubah’ kepada jentera pilihan raya AMANAH,” ujarnya.

Hari ini AMANAH Kawasan Hulu Langat berkunjung ke Pasar Sungai Chua jam 8 pagi bersama 10 AJK parti dan pada sebelah petang akan menuju ke Dun Semenyih untuk menyerahkan duit raya kepada 50 Keluarga pada jam 4.30 petang ini di Kampong Baru Broga.

Dengan kunjungan di beberapa kawasan sebelum ini seperti di  Dun Dusun Tua  dan Pasar Kampung Baru Semenyih menampakan sokongan terhadap Pakatan Harapan, Hasanuddin yakin dengan sokongan pembangkang  itu menampakan peluang cerah  PH menawan Putrajaya dalam PRU14.

“Melihat kepada sokongan pengundi di Hulu Langat ini kita yakin akan dapat membantu PH untuk menuju Putrajaya,” ujarnya.

AMANAH Hulu Langat juga akan meneruskan gerak kerja mendekati pengundi di dua lagi lokasi pada  pada Selasa jam 5 petang di Batu 9 Cheras dan pada Rabu  jam 5 petang di Sungai Makau dan Kampung Baru Semenyih.

Setakat hari ini AMANAH Hulu Langat telah mengedarkan 150 kotak buah limau dan 7,000 kad ucapan sambutan tahun baru Cina kepada pengundi.

Hasanuddin Md Yunus (kanan) menyerahkan limau dan kad ucapan tahun baru cina kepada salah seorang pengunjung di Pasar Sungai Chua pagi tadi.
Kotak  limau dipunggah untuk diedarkan kepada pengunjung di Pasar Sungai Chua pagi tadi oleh AJK AMANAH Hulu Langat.