Malaysia Dateline

AMANAH Indera Mahkota beri sumbangan petrol percuma

Parti AMANAH Indera Mahkota baru-baru ini telah mengadakan program sumbangan percuma petrol motorsikal sebanyak RM200 kepada penunggang motorsikal sekitar Cherating di Petronas Cherating.

Sebanyak 50 buah pengguna motorsikal dapat memanfaatkan sumbangan tersebut berikutan harga minyak yang kian menekan rakyat masa kini.

Sebahagian pengguna motorsikal yang datang ke program sumbangan petrol percuma anjuran AMANAH Indera Mahkota.

Hampir 80 peratus pengguna motorsikal yang menerima sumbangan datang dengan tangki yang kosong menunjukkan bahawa mereka kesempitan wang untuk mengisi minyak akibat dihimpit kos sara hidup masa kini.

Mereka yang menerima sumbangan mengucapkan terima kasih kepada penganjur program yang sedikit sebanyak telah membantu meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung akibat kos harga bahan api yang semakin naik.