Malaysia Dateline

AMANAH ini parti kita

Pasca Konvensyen Nasional 2019 AMANAH ialah pasca pemilihan yang bersejarah, kerana buat pertama kalinya, parti telah berjaya menjalani fasa pemilihan yang tenang dan aman. Dalam ketenangan ini, pasti ada yang gembira dan terluka, namun perjalanan perlu diteruskan demi kebaikan kita semua.

Selari dengan hasrat para perwakilan tempoh hari, amatlah penting untuk Parti AMANAH terus menjurai isu-isu rakyat dan terus mengangkat dasar Islam yang rahmah.

AMANAH pada usia mencecah empat tahun perlu terus menjaga kebajikan ahli, terus membangun pemuda dan pemudi parti sebagai aset terbesar demi kelangsungan kepimpinan parti pada masa hadapan.

Saya cukup berbangga kerana parti ini terus membuktikan rahmahnya terhadap ahli parti yang bukan Islam. Mereka tidak dianggap ahli kelas kedua seperti Pas.

AMANAH meraikan mereka sebagai ahli kelas pertama sepertimana ahli-ahli yang lain. Bak kata orang, justice must not only be done, but must be seen to be done.

Bergerak ke hadapan, para perwakilan AMANAH yang saya percaya juga merupakan pimpinan masyarakat di lapangan, perlulah juga walk the talk dengan menjadi agen positif kepada rakyat.

Sebarluaskan dasar-dasar baik kerajaan untuk rakyat, kritik pihak pembangkang yang tidak waras menghentam dasar baik kerajaan serta pada masa sama kuatkan keahlian parti di pelbagai peringkat.

AMANAH adalah parti kita. Kitalah dari pelbagai latar belakang dan kebolehan yang bertanggungjawab menggerakkannya, bukan sahaja pimpinan.

Justeru itu, ahli pelbagai peringkat tanpa mengira darjat adalah pemegang saham parti, setiap tindakan kita yang baik pastinya menguntungkan parti kita, dan pasti juga jika sebaliknya.

Ayuh semua, kita bergerak dan bergerak lebih pantas untuk menguatkan parti kita demi rakyat, agama dan negara.

* Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional dan Ketua Pemuda AMANAH Petaling Jaya Selatan.