Malaysia Dateline

Amanah Wilayah Persekutuan akan anjur makan malam untuk jalinan muhibah

AMANAH Jeli tubuh lagi dua cawangan baru

Walaupun masih di peringkat penajaan, namun hampir 100 keahlian baharu diterima Amanah Kubur Datu dan Bukit Selar yang ditubuhkan secara rasmi minggu lalu.

Ketua Amanah Cawangan Kubur Datu, Kamarudin Zakaria berkata, penubuhan cawangan ke 25 dan 26 di Jeli itu menggambarkan parti berkenaan semakin mendapat tempat di kubu kuat Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

“Walaupun merupakan cawangan paling muda di Jeli, namun kita yakin Amanah di kedua-dua cawangan ini juga akan diterima baik oleh rakyat sebagaimana di tempat lain.

“Kita akan berusaha lebih gigih untuk tambah bilangan ahli di kedua-dua cawangan ini dari masa ke semasa,” katanya, speerti dipetik sinarharianonline hari ini.

Kamarudin berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan penduduk Kubur Datu dan Bukit Selar untuk bersama dalam Amanah sekali gus berjuang membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.

“Agenda kita ialah bekerja untuk rakyat dengan apa cara sekali pun, selari dengan kepercayaan yang telah diberikan,” katanya.

Sehingga kini Amanah Jeli mempunyai hampir 2,000 ahli dengan 26 cawangan termasuk dua di peringkat penajaan.

Difahamkan 24 cawangan yang ditubuhkan sebelum ini sudah pun diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).