Amanah Jerai bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

Amanah Jerai bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

Atas keprihatinan musibah yang menimpa sebuah keluarga, Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Jerai mengambil inisiatif membina semula rumah tersebut melalui Yayasan Al Moqni Malaysia. 

Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Kedah yang juga pengarah projek, Mohd Firdaus Jaafar menyatakan Amanah negeri dan kawasan mengambil tanggungjawab membantu keluarga Ishak yang berada di dalam kesusahan atas tragedi kebakaran yang dilalui mangsa.

Mohd Firdaus Jaafar menyampaikan sumbangan kepada Ishak

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib Ishak Bin Awang, 54 dari Kampung Dulang Yan Kecil rumahnya musnah terbakar menjelang majlis perkahwinanan anak sulungnya Mohd Zulnaim akhir bulan November tahun lepas.

Menurut Ishak, kejadian kebakaran rumahya berpunca daripada litar pintas dan beliau menyatakan anggaran kerugian lebih kurang RM 80 ribu.

Sekarang keluarganya menumpang di rumah saudara mara dan manakala anak sulungnya zulnaim berteduh di sebuah pondok bersebelahan rumah yang terbakar itu.

“Pihak Yayasan Al Moqni Malaysia berusaha mengumpul dana atau sumbangan daripada pihak korporat dan orang ramai untuk membantu meringankan beban mangsa” kata Setiausaha Yayasan al Moqni Ridzwan Arhad Ahmad.

“Anggaran membina semula rumah Ishak dalam RM 100 ribu termasuk kelengkapan rumah dan barang-barang keperluan keluarga mangsa.

“Setakat ini projek pembinaan rumah Ishak memasuki fasa pertama dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Ridzwan merayu korporat dan orang ramai tampil menghulur sumbangan untuk menyempurkan projek ini.

Orang ramai yang mahu memberi sumbangan kepada keluarga Ishak boleh dilakukan terus melalui akaun Maybank Yayasan Al Moqni Malaysia – 552125558606.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Setiausaha Yayasan Al Moqni Malaysia Ridzwan Arshad Ahmad di talian 012-4063036.

 

COMMENTS

Wordpress (0)