Amanah Johor gerakkan seluruh kawasan  buat laporan polis  siasat MB Johor

Amanah Johor gerakkan seluruh kawasan buat laporan polis siasat MB Johor

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor akan menggerakan seluruh kawasan di negeri itu membuat laporan polis agar membuka kertas siasatan  berkenaan  skandal rasuah Kerajaan Negeri Johor yang turut  mendakwa  pembabitan kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin..

Ini rentetan daripada laporan polis yang pernah  dibuat oleh Pemuda Amanah Johor dua hari lalu.

Hari ini tindakan sama dilakukan oleh Amanah Kawasan Pulai, Gelang Patah dan Johor Bahru yang turun di Ibu Pejabat Polis  Daerah Johor Bahru Utara bersama-sama kepimpinan kawasan-kawasan yang terbabit.

Menurut Ketua Kawasan Gelang Patah Dzulkefly Ahmad, laporan yang dibuat hari ini adalah permulaan untuk kawasan-kawasan lain yang akan digerakkan ke seluruh negeri Johor.

Dzulkefly Ahmad ” Pulai, Gelang Patah dan Johor Bahru adalah kawasan di negeri Johor yang mula digerakkan bagi membuat laporan polis terhadap salah laku Kerajaan Negeri Johor yang selama ini ditutupi dengan kosmetik Menteri Besar sebelum ini yang dilihat bersih.

“Laporan hari ini adalah gerakan yang akan dibuat bagi pemulaan untuk kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Johor dan ia akan diikuti dengan kawasan-kawasan lain.

“Pulai, Gelang Patah dan Johor Bahru adalah kawasan yang memulakan gerakan melaporkan salah laku Menteri Besar Johor yang sebelum ini ditutupi dengan kosmetik yang dilihat bersih ke balai polis seluruh negeri Johor,” ujarnya dalam sidang media diadakan di hadapan Balai Polis Daerah Johor Bahru hari ini.

Melalui kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor itu, tujuan laporan ini dibuat adalah untuk memohon pihak berkuasa Polis membuka siasatan ke atas Menteri Besar Johor itu.

Dzulkefly menyatakan lagi, tindakan yang dilakukan Amanah Negeri Johor ini adalah sejajar dengan kehendak rakyat yang mahu melihat Menteri Besar mereka adalah di kalangan individu yang bersih bukan dari kalangan individu yang korup.

“Tujuan pihak kami membuat siasatan hari ini dan akan seluruh Johor nanti adalah bertujuan untuk memohon agar pihak berkuasa polis membuka siasatan ke atas Menteri Besar Johor.

“Tindakan yang dilakukan oleh kami (Amanah Johor) adalah sejajar dengan kehendak rakyat yang mahu melihat Menteri Besar mereka adalah di kalangan individu yang bersih dan bukan dari kalangan individu yang korup seperti ada hari ini,” ujarnya.

Tindakan Amanah Negeri Johor ini ekoran terbongkarnya skandal perumahan dan hartanah membabitkan bekas exco Datuk Datuk Abdul Latif Bandi baru-baru ini.

COMMENTS

Wordpress (0)