Malaysia Dateline

AMANAH Johor masih tidak dapat surat rasmi tiga ADUN

Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor hari ini memaklumkan bahawa masih belum mendapat surat rasmi dari tiga ADUN mereka yang didakwa menyertai PKR.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusinya, Aminolhuda Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih tidak lagi menerima sebarang permakluman daripada ketiga-tiga ADUN berkenaan.

“Kita masih belum menerima sebarang surat atau kenyataan rasmi dari ketiga-tiga Adun tersebut dan apa yang pasti kita sedang menanti permakluman seterusnya dari mereka.

“Apa-apa pun kita akan serahkan semula kepada pihak kepimpinan AMANAH Nasional untuk mengambil tindakan kepada kesemua ADUN berkenaan.

“Buat sementara ini kita masih menanti apa yang terjadi seterusnya dan laporan berita tersebut telah dimaklumi oleh pihak kami,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.