AMANAH Johor umum 13 calon bertanding pada PRU14

AMANAH Johor umum  13 calon bertanding pada PRU14

Parti Amanah Negara (AMANAH)  mengumumkan 13 nama calon yang akan bertanding di Johor merangkumi dua kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14).

Pengerusi Amanah Negeri Aminolhuda Hassan berkata daripada 13 kerusi berkenaan terdapat dua calon wanita yang bakal bertanding.

Kedua calon itu ialah Ketua Wanita Muda Amanah Nasional Anis Afida Mohd Azli untuk kerusi Parlimen Parit Sulong dan Ketua Wanita Amanah Johor Norhayati Bachok bagi kerusi Dun Maharani.

“Satu lagi kerusi Parlimen iaitu Parlimen Pulai mempertaruhkan Timbalan Presiden Amanah Negara Salahuddin Ayub yang turut bertanding untuk Dun Simpang Jeram,” kata beliau dalam sidang media semalam.

Sementara itu, Aminolhuda akan mempertahankan kerusi Dun Parit Yaani manakala Setiausaha Amanah Johor Ir Khairuddin A Rahim akan bertanding Dun Senggarang.

Manakala Setiausaha AMANAH Suhaizan Kaiat yang juga Naib Ketua AMANAH Johor bertanding di Dun Kukup dan Timbalan Amanah Johor Dzulkefly Ahmad bertanding di Kota Iskandar iaitu nama baru menggantikan Nusa Jaya.

Menurutnya, Naib Ketua Amanah Johor Dr Sulaiman Mohd Nor bertanding di Dun Kemelah, Ketua Pemuda Taqiuddin Cheman (Pulai Sebatang), Ahli Jawatankuasa Negeri, Abrary Ramly (Pasir Raja), Ahmad Kamal Nor (Penawar), Muhamad Said Jonit (Mahkota), Ir Dr Faizul Amri Adnan (Serom).

Salahuddin berkata, pihaknya yakin calon pakatan pembangkang Johor terdiri daripada golongan profesional dan berintergriti mampu mentadbir negeri itu.

“Kita ada pasukan yang kuat, berkelayakan, berintergriti dan kami percaya mereka boleh diberikan kepercayaan mengurus tadbir Johor dan paling penting, kami sudah menapis semua calon lebih awal supaya tidak mengulangi ‘team’ rasuah Johor apabila exco terbabit dengan rasuah. Jadi pasukan khusus daripada AMANAH ini sudah ambil tanggungjawab kerana kita mahu melawan,” katanya.

8.0
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 9.0