AMANAH kawasan Kangar turun padang saban hari

Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir (kiri) turut membantu penduduk memasak bubur Asyura.

AMANAH kawasan Kangar senantiasa turun padang dan peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk sejak pilihan raya umum ke 14 sehinggalah sekarang.

Shukri Abdul Rahman

Demikian dinyatakan oleh Ketua AMANAH kawasan Kangar, Shukri Abdul Rahman ketika ditemui.

Malah katanya menziarahi golongan kurang upaya, warga emas yang uzur, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah menjadi rutin sejak sekian lama.

“Sehingga ini AMANAH kawasan Kangar telah berjaya dianggotai oleh lebih 800 ahli dengan kekuatan 30 cawangan.

“Banyak lagi cawangan akan dibuka selepas ini setelah rakyat semakin yakin dengan kerajaan sedia ada yang didokong oleh Pakatan Harapan.

“Namun begitu mendekati mereka yang memerlukan akan senantiasa dilaksanakan bersama-sama dengan kepimpinan AMANAH maupun wakil rakyat, ” jelasnya.

Selain itu katanya mengedarkan bubur Asyura adalah program terbaru yang diadakan pada Ahad di kawasan Dun Bintong.

Tegasnya lagi, kehadiran Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir turut memberi semangat kepada pendokong dan ahli AMANAH yang turut hadir menjayakan program tersebut.

Walau bagaimana pun kata Shukri, hasil gerak kerja yang dilaksanakan oleh AMANAH kawasan Kangar ketika ini memperlihatkan dokongan yang begitu menggalakkan.

Pimpinan AMANAH Kangar yang turut sama mengunjungi Cikgu Khoo yang juga merupakan ahli AMANAH serta aktivis parti di Kangar.

“Kita bukan saja mampu membuka cawangan tetapi juga memberi pembelaan terhadap nasib mereka yang memerlukan.

“Mendengar luahan penduduk diteruskan sejak dahulu sehinggalah selepas pilihan raya umum.

“Pelbagai aktiviti dan program senantiasa direncanakan dengan dokongan semua golongan termasuk sayap Pemuda, AWAN dan juga pimpinan AMANAH Negeri Perlis, ” tambahnya lagi.

Pemuda AMANAH Dun Bintong, Kangar turut mengedarkan bubur Asyura kepada pasukan polis yang sedang bertugas di IPD Kangar pada Ahad.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES