Malaysia Dateline

AMANAH Kawasan Pasir Mas dapat anugerah keahlian paling ramai

Konvensyen Nasional 2019 AMANAH hari ini mengiktiraf AMANAH Kawasan Pasir Mas yang mencipta rekod keahlian paling ramai.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyampaikan anugerah tersebut berupa plak dan wang tunai berjumlah RM3,083 menyamai jumlah keahlian Kawasan tersebut.

Speaker Onn Jaafar berkata, anugerah keahlian Kawasan tertinggi itu dilihat dapat meningkatkan motivasi Kawasan lain untuk mengaktifkan keahlian masing-masing.

Konvensyen kali ini merupakan penganjuran kali keempat AMANAH sebagai sebuah parti politik Islam dan kali kedua sebagai salah sebuah parti pemerintah.

Konvensyen Nasional 2019 AMANAH juga menyaksikan pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan Nasional,
Speaker dan Timbalan Speaker serta dua Juruaudit.

Seramai 925 perwakilan serta beberapa kepemimpinan lain termasuk 14 Pengerusi negeri akan mengundi secara e-undi malam ini.