AMANAH Kawasan tekad menawan Parlimen Parit Sulong pada PRU15 kelak

AMANAH dan tetamu jemputan dari parti komponen Pakatan Harapan pada Mesyuarat AMANAH Kawasan Parit Sulong.

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Parit Sulong bertekad untuk menawan kerusi yang pernah ditandingi oleh calon parti itu di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Justeru penyusunan serta strategi dibentuk dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Sulong semalam, bagi menjadikan kerusi parlimen tersebut sebagai suatu gerak kerja yang memfokus kepada kemenangan pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Khairuddin Abdul Rahim

Ketua Kawasan Parit Sulong,Khairuddin A Rahim, strategi untuk menawan kerusi berkenaan perlulah bermula dari awal lagi.

“AMANAH Parit Sulong akan menyasarkan minimum sebanyak satu cawangan di satu daerah mengundi dan setakat ini kita ada 20 cawangan yang mana sebelum PRU14 kita hanya ada 8 cawangan.

“Selain itu, AMANAH di sini akan berusaha mengadakan program bagi mencari ahli baru untuk didaftarkan. Saya juga akan memastikan kemasukkan ahli baru ini bertambah di mana hari ini di kawasan ini ahli bertambah lebih sekali ganda dan ia amat memberangsangkan.

“Kita juga akan terus memfokuskan kerjasama yang utuh di antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) di kawasan ini dan kita akan merangka kerjasama berkenaan,” ujar beliau.

Khairuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (Adun) Senggarang berkata, fokus kepada masyarakat perlu digerakkan selain kebajikan terhadap mereka terus diperkukuhkan.

“Kita akui calon kita sebelum ini adalah di kalangan kaum wanita dan lawannya dari Barisan Nasional (BN) adalah Ketua Wanita UMNO, maka oleh itu fokus kepada kaum wanita perlu diperbanyakkan.

“Selain itu, kita akan membawa suara-suara masyarakat di sini ke peringkat tertinggi untuk diselesaikan,” ujarnya.

Parlimen Parit Sulong sebelum ini telah menyaksikan pertembungan tiga penjuru di mana BN mendapat 24,481 undi, PH mendapat 18,140 undi dan Pas mendapat 7,148 undi.

Mesyuarat Tahunan AMANAH Parit Sulong itu telah dirasmikan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Johor merangkap Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote