AMANAH kawasan turun padang bantu mangsa ribut di Pulau Pinang

AMANAH  kawasan turun padang bantu mangsa ribut di Pulau Pinang
Antara kediaman yang musnah dipukul ribut di kawasan Permatang Pauh kelmarin.

Sebaik sahaja mendapat makluman mengenai ribut yang melanda Pulau Pinang pada Jumaat yang lalu, pimpinan AMANAH kawasan, Pemuda dan juga AWAN segera turun padang menghulurkan bantuan semampu mungkin.

Begitu juga dengan pimpinan AMANAH kawasan Permatang Pauh, segera turun padang bersama-sama melawat mangsa ribut di sekitar Tanjung Putus, Sungai Sintok, Pengkalan Tambang dan Kampung Kota.

Pimpinan AMANAH kawasan permatang Pauh meningjau salah sebuah rumah yang menjadi mangsa ribut.

Tinjauan yang dibuat bersama-sama dengan Penghulu Daerah Seberang Perai Tengah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil pejabat Adun Permatang Pasir, serta MPKK juga cuba mencari solusi bagi mengenal pasti kesulitan yang dialami oleh mangsa serta bantuan yang diperlukan.

Begitu juga dengan AMANAH kawasan Kepala Batas turut segera turun padang meninjau kawasan Pasir Gebu, Penaga dan juga beberapa kawasan yang turut terlibat dalam kejadian ribut tersebut.

Tinjauan dan bantuan turut digerakkan dengan segera oleh AMANAH kawasan bersama-sama dengan Pemuda serta AWAN kawasan.

Malah pelbagai bentuk bantuan dan dokongan turut disediakan bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut terlibat dapat atasi dengan segera.

AWAN kawasan Kepala Batas turun padang meninjau mangsa ribut kelmarin.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang turut turun padang bagi membantu mangsa ribut di beberapa kawasan di Seberang Perai dan juga Pulau Pinang.

Menurut Ketuanya, Fahmi Zainol, kawalan keselamatan dan pembersihan di beberapa buah kawasan turut dilaksanakan dengan tumpuan diberikan terhadap kawasan yang teruk dilanda ribut.

Katanya, terdapat banyak kediaman yang mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa pokok yang tumbang serta bumbung yang rosak diterbangkan angin.

Jelas Fahmi lagi, tumpuan diberikan di beberapa kawasan mengikut Parlimen serta juga membantu mangsa ribut untuk membuat laporan polis bagi melengkapkan prosidur mendapatkan bantuan.

Ia juga berkata, gerak kerja bagi membantu mangsa ribut juga diagihkan mengikut kawasan yang telah dikenal pasti kerosakan dan keperluan yang dikehendaki dengan bantuan beberapa agensi kerajaan.