AMANAH Kedah beriltizam bawa perubahan untuk seluruh rakyat

AMANAH Kedah beriltizam bawa perubahan untuk seluruh rakyat
Barisan saf kepimpinan semasa Konvensyen AMANAH Negeri Kedah yang diadakan di Kuala Kedah semalam.

Konvensyen AMANAH Negeri Kedah bagi kali ke-3 yang telah diadakan di Dewan Utama, Anjung Kuala, Kuala Kedah semalam beriltizam untuk membawa pembaharuan untuk kesejahteraan umat Islam sejajar dengan konsep Rahmatan Lil Alamin.

Majlis yang telah dimulakan seawal jam 9 pagi telah dimulai dengan nyanyian lagu Kebangsaan serta diikuti dengan nyanyian lagu AMANAH dan tayangan video serta bacaan ayat suci al-Quran.

Sebelum majlis perasmian, ucapan turut disampaikan oleh Setiausaha AMANAH Negeri Kedah iaitu Aris Awang serta Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh.

Datuk Husam Musa semasa berucap pada majlis perasmian Konvensyen AMANAH Negeri Kedah.

Kesemua pimpinan yang berucap menekankan mengenai perubahan yang perlu dibawa oleh AMANAH dengan iltizam yang begitu tinggi ke arah perubahan bagi seluruh rakyat negeri Kedah.

Manakala perasmian disempurnakan oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa.

Konvensyen ini turut dihadiri oleh pimpinan komponen Pakatan Harapan Negeri Kedah yang mewakili PKR, Bersatu serta DAP.

Sementara itu perwakilan kawasan turut diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam ucapan tangguhan dan perbahasan mengenai pelbagai isu membabitkan kedudukan wakil AMANAH dalam GLC, MPKK dan sebagainya.

COMMENTS