AMANAH Negeri Kedah mendesak supaya projek ladang durian ‘musang king’ antara Pejabat Menteri Besar dan Syarikat Pemaju dihentikan dengan segera dan satu siasatan lengkap perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh, banjir lumpur yang berlaku baru-baru ini dapat dielakkan sekiranya pandangan semua pihak diambil kira sebelum perlaksanaan projek ladang durian ‘musang king’ tersebut.
“Satu siasatan yang menyeluruh perlu dibuat untuk mengetahui punca sebenar, supaya kejadian yang sama dapat dielakkan dari berulang lagi setelah tular di media sosial terdapat pihak tertentu yang cenderung menyalahkan pihak lain dalam insiden banjir lumpur di Baling.
“Adalah dibimbangi kewujudan kecenderungan menyalahkan pihak lain dalam kes ini, sebagai salah satu cara untuk meraih laba sokongan politik ketika menjelangnya pilihan raya umum dan projek :musang king’ sebesar ini sudah pasti adanya kontrak perjanjian yang dimeterai sebelum ianya bermula.
“Siasatan yang telus mesti dilakukan termasuklah mencari sebab bagaimana projek ini boleh diluluskan memandangkan aktivitinya berlaku di Hutan Simpan Gunung Inas dan pokok durian bukanlah spesis yang disenaraikan sebagai pokok hutan,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Pengkalan Kundor.
Soal beliau lagi , apakah pandangan Jabatan Alam Sekitar, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta penduduk tempatan diambil kira oleh pihak terbabit sebelum projek ladang durian ‘ musang king’ ini dapat dilaksanakan.
Baca juga: Kes ibu curi Milo: AG dirayu batal hukuman penjara, tertuduh perlu dibantu keluar dari kemiskinan
Baca juga: Jaga aib suami 4 tahun, Puteri Sarah mahu pertahankan haknya sebagai isteri