Amanah Kedah gesa cepatkan kerjasama Umno-Pas

Amanah Kedah gesa cepatkan kerjasama Umno-Pas

Dr Ismail SallehAmanah Kedah mengalu-ngalukan cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk mengadakan kerjasama Umno dan Pas peringkat negeri Kedah.

Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sudah tiba masanya rakyat mahu menilai dan membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada kerjasama dua parti tersebut.

“Telah sampai masanya untuk rakyat menilai dan membuat keputusan untuk menyokong siapa setelah sekian lama kerjasama yang tidak rasmi diadakan.

“Kerjasama tidak rasmi itu ialah demonstrasi bantahan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Mynmar terhadap orang-orang Islam Rohingya walaupun sebagai sebuah kerajaan sepatutnya bantahan G to G (Goverment to Government) adalah lebih bertepatan.

“Yang terbaru ialah kerjasama ‘sekapal’ Food Flotilla for Mynmar yang dikhabarkan kapal hanya akan berlabuh di Ranggon dan segala bentuk bantuan akan diserahkan kepada Kerajaan Mynmar,” ujarnyanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Bashah semalam dipetik berkata,
Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan Pas di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu berkata, bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

Menurut Dr Ismail lagi, kekeliruan rakyat mengenai bentuk kerjasama itu harus dirungkai segera.

“Bentuk kerjasama ini harus dirungkai segera dengan menjadikan kerjamasa rasmi antara Umno dan Pas Kedah terutamanya kerjasama politik pilihanraya dalam PRU-14 akan datang,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh mengenai peruntukan bajet kerajaan negeri harus juga diberikan kepada wakil rakyat pembangkang untuk dibelanjakan kepada rakyat bersesuaian dengna konsep keadilan yang diperjuangkan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Ahmad Bashah dalam kenyataan sama turut menjelaskan peruntukan diperoleh BN hanya untuk wakil rakyatnya manakala pihak pembangkang perlu dana atau peruntukan wakil rakyat mereka.

“Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka,” kata Ahmad Bashah.

 

TAGS