Malaysia Dateline

AMANAH Kedah sampai sumbangan kepada keluarga Allahyarham Adnan Saad

Kehilangan Pengarah Pilihanraya AMANAH Negeri Kedah merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Parti AMANAH Negara, Adnan Saad amat dirasai apabila jawatankuasa pengurusan AMANAH menyampaikan sumbangan kepada keluarga beliau semalam.

Menurut Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi, sumbangan telah disampaikan kepada balu beliau, Rohaya Wahab dalam satu majlis ringkas petang semalam.

“AMANAH Kedah mengambil inisiatif dengan melancarkan kutipan dana khas untuk disumbangkan kepada keluarga Allahyarham bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau terhadap parti.

AMANAH Kedah sampai sumbangan kepada keluarga Allahyarham Adnan Saad
Pengerusi AMANAH Kedah Dato8217 Phahrolrazi Mohd Zawawi dua dari kiri menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Rohaya Wahab

” Semasa hayat beliau, ia merupakan aktivis parti yang paling dedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya negeri Kedah dan sumbangan besar beliau ialah mengetuai delegasi petugas AMANAH Kedah dalam siri kempen pilihanraya negeri Melaka, Sarawak dan Johor.

“Ia juga turut menyumbangkan keringat dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelumnya serta merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Parti AMANAH Negara,” ujar beliau.

Adnan telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada malam Aidilfitri selepas terjatuh di perkarangan Masjid Zahir, Alor Setar ketika menanti giliran bagi menunaikan zakat fitrah dan dipercayai terkena serangan jantung.