AMANAH Kedah ucap syabas pada Amiruddin

AMANAH Kedah ucap syabas pada Amiruddin

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah mengucapkan syabas dan tahniah atas penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Dato’ Amiruddin Hamzah bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti yang diumumkan semalam.

Pengerusi AMANAH Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, Amiruddin adalah sahabat karib beliau sejak sekian lama, sangat berpengelaman dan seorang tokoh yang disegani ramai, seorang ADUN yang cemerlang dan bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah.

“Sudah tentu dengan segala pengalaman yang ada, beliau mampu berperanan menarik seramai mungkin rakyat di negeri Kedah untuk bersama perjuangan menegakkan keadilan dan mewujudkan sebuah kerajaan dengan tadbir urus yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Bagi AMANAH Kedah, penyertaan beliau merupakan satu lonjakan baru bukan sahaja kepada PPBM tetapi juga akan memperkukuhkan lagi kerjasama Pakatan Harapan dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan bila-bila masa, kata Dr Ismail lagi.

“AMANAH Kedah menghormati pilihan yang telah dibuat beliau. Selamat berjuang dan selamat maju jaya bersama PPBM,” kata beliau.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS