Amanah Kelantan hantar petugas bantu PRN Sarawak

Amanah Kelantan hantar petugas bantu PRN Sarawak

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menghantar petugas secara berperingkat bagi membantu Amanah Sarawak menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijadualkan 7 Mei depan.

Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapha berkata gelombang awal telah bertugas di sana terdiri daripada anggota Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri yang diketuai Puan Normala Mohd Nazar.

Che Ibrahim mengetuai rombongan pembantu ke Gedong Sarawak

Rombongan 11 orang itu berada di sana antara 16 hingga 23 April dan telah membantu persiapan awal membentuk jentera kempen,” katanya.

Sabtu lalu katanya, satu lagi rombongan yang diketuai naib pengerusi Amanah negeri telah berlepas ke Kuching bersama 15 petugas.

Kumpulan ini akan bergerak terus ke Dun Gedong di mana pasukan pembantu dari negeri Kelantan ditugaskan, katanya.

Dalam perkembangan pilihan raya Sarawak, Lim Kit Siang menyeru tiada calon bertindih sesama Pakatan Harapan

Beliau berkata, demi kepentingan masa depan politik, bukan untuk Sarawak saja tetapi Malaysia, parti-parti dalam Pakatan Harapan dapat menghadapi PRN Sarawak ini sebagai satu pasukan.AJK Amanah Kelantan Norasidah Jaafar bersama pengundi Sarawak

DAP telah mengumumkan 29 calonnya untuk 29 kerusi, PKR telah umumkan 35 calonnya manakala AMANAH 13 calon di PRN Sarawak.

PKR dikatakan akan mengumumkan lima lagi calonnya selepas rundingan selesai manakala DAP akan umumkan satu lagi calonnya selepas rundingan selesai.

 

TAGS