AMANAH Kelantan kemuka semua muka baru kecuali Husam Musa

Sidang media pimpinan PH Kelantan selepas calon diperkenalkan. Semua calon AMANAH muka baru kecuali Husam.

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan yang diperuntukkan 23 kerusi Dun dan 6 kerusi parlimen menurunkan semua muka baru yang belum pernah bertanding kecuali naib presidennya Husam Musa.

Pengerusi AMANAH Kelantan Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ini rekod baru ketika parti-parti lain Pas dan Umno terus menurunkan pemain lama masing-masing.

“Tokoh-tokoh terkenal masyarakat seperti cicit Tok Kenali Dr Ahmad Kamil Abdullah, Datuk Dr Abdul Halim Yusof, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Hafidzah Mustakim, kita kemukakan sebagai peneraju baru politik Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian watikah dari PKR kepada calon-calon AMANAH Kelantan lewat malam tadi.

Wan Rahim sendiri tidak bertanding kali ini. Begitu juga timbalannya Muhammad Husin yang pernah menjadi ahli parlimen Pasir Puteh PRU 1999 lalu.

Menurut Wan Rahim berkemungkinan besar akan berlaku kejutan di parlimen Pengkalan Chepa ketika penyerahan kertas penyerahan pencalonan pagi ini.

“Jika berlaku, ia bukan sahaja memberi impak kepada politik Kelantan malah membantu rakyat seluruh negara membuat perubahan politik,” katanya.

Pagi ini, anak almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Nik Omar disahkan sebagai calon AMANAH di kerusi DUn Chempaka, tempat ayahandanya bertanding sebelum ini.

 

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote