Amanah Kelantan santuni rakyat setiap pagi Rabu, kata Wan Rahim

Amanah Kelantan santuni rakyat setiap pagi Rabu, kata Wan Rahim

Pengerusi Amanah Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menetapkan pagi Rabu setiap minggu sebagai masa santai di kiosk Bunga Raya depan ibu pejabat Amanah negeri.

Menurut beliau, semua anggota jawatankuasa negeri (Amanah State Commitee – ASC) yang berkesempatan akan hadir bersama pada pertemuan mingguan itu.Tanpa mengira kelompok dan usia

“Kita menjemput orang ramai dan pemberita ke majlis santai ini untuk berkongsi apa jua informasi dan masalah rakyat,” kata beliau di majlis yang bermula pagi ini.

Pihak Amanah Kelantan kata beliau bukan sahaja akan menyampaikan maklumat mengenai aktiviti parti melalui pertemuan itu tetapi juga mahu orang ramai menyampaikan kepada pihak Amanah sebarang masalah yang mereka hadapi.

“Segala maklumat dan aduan yang kita perolehi terus dari rakyat ini akan kita teliti untuk diambil tindakan.

“Apa yang boleh Amanah selesai sendiiri kita akan buat, apa yang tidak kita akan berkomunikasi dengan pihak terbabit bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi.

Bersama keluargaSelain santai pagi secara langsung itu, beliau berkata Amanah Kelantan sedang menyusun pembentukan Pusat Peduli Rakyat (PPR) bagi memantapkan penyebaran maklumat dan program peduli rakyat.

“PPR ini akan kita buka di semua kawasan-kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan,”  katanya.

TAGS