Malaysia Dateline

AMANAH Kelantan sokong penuh keputusan Majlis Presiden PH

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan menyokong penuh keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekirannya kembali berkuasa.

AMANAH Kelantan juga yakin kebijaksanaan beliau mencari sokongan Ahli Parlimen untuk memperolehi angka manjoriti supaya PH kembali berkuasa semula.

Timbalan Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, mandat rakyat yang diberikan kepada PH dalam PRU yang lepas perlu dikembalikan.

Menurut Che Ibrahim, beliau yakin peluang dan ruang untuk PH kembali ke tampuk kuasa masih terbuka luas.

Katanya, kerajaan yang diperintah Perikatan Nasional diketuai oleh Tan Sri Muhyuddin Yassin bukan melalui mandat rakyat.

Malah, tambahnya, sehingga kini masih gagal membuktikan mendapatkan majoriti yang mudah.

“Segala usaha untuk mengembalikan mandat rakyat perlu diteruskan. Maka, Amanah Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berpendirian bahawa Pakatan Harapan perlu dipertahankan serta diperkukuhkan sebagai blok politik utama dalam arus politik di Malaysia, kata beliau di laman facebooknya.