Malaysia Dateline

AMANAH Kepala Batas tubuh 6 Cawangan baru

Keyakinan penduduk di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas terhadap gerak kerja, turun padang dan kepimpinan yang telah ditunjukkan membuahkan hasil apabila AMANAH kawasan tersebut berjaya mendapat sokongan dengan penubuhan enam cawangan baru sekaligus.

Menurut Setiausaha AMANAH Pulau Pinang, Mohd Saifullah Abd Naser, seramai 140 ahli baru menyertai AMANAH kawasan Kepala Batas semalam.

“Kebanyakan mereka yang menyertai AMANAH kawasan Kepala Batas kali ini merangkumi pelbagai usia termasuk pemuda, wanita dan mereka yang tidak berparti.

” Enam cawangan baru tersebut adalah cawangan Bakar Kapur, Kampung Baru Kuala Muda, Lahar Minyak, Pekan Penaga, Kota Aur dan Permatang Tok Labu.

” Melihat kepada kemampuan AMANAH yang sering bergerak turun padang membantu pelbagai golongan masyarakat samada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, anak yatim, golongan marhaen dan sebagainya telah memberi impak sehinggakan ia mampu untuk menarik lebih ramai penyertaan penduduk khususnya dalam kawasan Dun Penaga untuk menyertai AMANAH kali ini, ” tegas beliau.

Pengerusi AMANAH Negeri, Dr Roslan Ahmad turut hadir menerima borang kemasukan ahli baru tersebut.