Malaysia Dateline

AMANAH kesal kerajaan negeri ‘sekat’ seteru politik ke Sarawak

AMANAH Negeri Sarawak melahirkan rasa kekesalan di atas tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang dilihat cuba “menyekat’ kemasukan seteru politik di negeri ini.

Timbalanya, Hud Andri Zulkarnaen berkata, Kerajaan Negeri Sarawak dilihat akan menyalahgunakan kuasa Akta Imigresen dengan sewenang-wenangnya sekiranya menyekat kemasukan ahli politik yang tidak sehaluan dengan polisi parti mereka.

Katanya, ia juga memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedaya -upaya menghalalkan cara bagi mengekalkan kuasa mereka di negeri ini.

“Adalah normal sekiranya status sebagai seorang Menteri Persekutuan bercakap tentang dasar kerajaan sekali gus meraihkan sokongan untuk parti yang diwakilinya.Seharusnya ucapan mereka tidak boleh dianggap sebagai provokasi malah kehadiran mereka adalah atas urusan berkaitan keharmonian dan pembangunan negara.

“Rakyat Sarawak cukup dikenali sebagai rakyat yang memiliki minda yang terbuka, bersederhana serta matang dalam berpolitik selain mengamalkan demokrasi yang tinggi.

“Janganlah melakukan tindakan yang tidak bertamadun ini hingga mengheret minda rakyat ke belakang, ” ujar beliau, ketika ditemui di Pejabat AMANAH Sarawak di Kuching di sini hari ini.

Hud berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang bertegas untuk menyekat kemasukan ekstremis ke negeri ini termasuk Menteri Persekutuan.

Menurutnya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas majlis penangguhan Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Sabtu lalu telah berkata akan bertindak tegas kemasukan ekstremis ke negeri ini termasuk Menteri Persekutuan yang dilihat menimbulkan provokasi.

Tambahnya, beliau bersetuju dengan saranan Abang Johari untuk menyekat mana-mana individu yang dilihat sebagai ekstremis, penjenah dari memasuki negeri sebagai kepentingan rakyat Sarawak.

Tegas Hud, beliau juga bersetuju sekiranya sekatan berkenaan dikenakan terhadap pelampau agama kerana golongan tersebut sangat berbahaya fahamanya sehingga boleh mengugat dan mengelirukan masyarakat di Sarawak.

“Sekiranya terdapat bukti mana-mana individu yang didapati berbuat demikian, adalah lebih baik kerajaan negeri mendakwanya di mahkamah.

“Maka tindakan menyekat Menteri Persekutuan mahapun pegawai tinggi kerajaan negeri yang ditadbir Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya tidak menjejaskan masyarakat di negeri ini malah ia akan membawa lebih banyak manfaat dari segi pembangunan, ekonomi dan kebajikan.

“Jadi saya beharap kerajaan negeri pimpinan GPS lebih bersikap rasional dan profesional sekali gus menyerahkan kepada rakyat Sarawak untuk menilai pada Pilihan aya Negeri (PRN) ke-12 kelak, ” ujarnya